NAK BELAJAR SAHAM?

Anda baru ingin berjinak-jinak dengan dunia pelaburan? Atau anda seorang pelabur yang ingin mengetahui kaedah menjana keuntungan dengan cara yang lebih senang dan terbukti?

Ketahui kaedah terunggul untuk melabur saham dengan menghadiri Bengkel Saham Patuh Syariah secara PERCUMA. Slot adalah TERHAD!

belajar-saham

PERNAHKAH ANDA BERADA DALAM SITUASI BEGINI?

  • Anda tiada sumber pendapatan tambahan selain daripada gaji sebagai pekerja?
  • Tidak kiralah sekuat mana anda bekerja, duit sentiasa tidak cukup?
  • Setiap kali pendapatan anda bertambah, kos sara hidup juga meningkat, dan anda rasa seperti ia tidak berkesudahan?
  • Anda pernah kerugian wang kerana tersilap membuat keputusan ketika membuat pelaburan masa lampau?
  • Anda tidak berpuas hati dengan pulangan pelaburan sedia ada?
  • Anda runsing memikirkan waktu persaraan dan masa depan mereka yang bergantung dengan pendapatan anda?
  • Anda sudah penat berkerja untuk wang, dan ingin mencari jalan supaya wang anda bekerja untuk anda?

Jika jawapan anda adalah “YA” untuk mana-mana soalan ini – jangan risau, kami mampu membantu anda mengubah keadaan!

JOM BELAJAR JANA PENDAPATAN PASIF BERSAMA VI COLLEGE!

Kami perkenalkan Bengkel Saham Patuh Syariah daripada VI College (dahulunya dikenali sebagai Value Investing College “VIC”) buat anda! VI College adalah sebuah syarikat “Financial Edu-Tech” yang giat membantu individu seperti anda untuk meningkatkan “financial intelligence”.

Kelas saham ini bertujuan membantu anda mengambil langkah pertama di dalam dunia pelaburan untuk mula menjana pendapatan pasif yang menguntungkan!

Para jurulatih kami amat berpengalaman dan mampu mengajar anda teknik pelaburan saham patuh Syariah kendiri secara efektif meggunakan formula yang mudah untuk diikuti dan terbukti berkesan.

Modul pembelajaran Bengkel Saham Patuh Syariah ini juga telah diperincikan supaya ia boleh diikuti oleh sesiapa sahaja, tanpa mengira tahap pengetahuan sedia ada anda tentang pelaburan saham.

BENGKEL SAHAM PATUH SYARIAH DARIPADA VI COLLEGE

BETUL KE BOLEH BUAT DUIT DENGAN SAHAM?

Anda mungkin masih khuatir sama ada pelaburan saham adalah satu kaedah yang bagus untuk membina kekayaan. Ada rakan yang berkata modal pelaburan mereka hangus, tips turun naik harga saham yang diberikan seseorang kepada mereka tidak menjadi, ataupun mustahil untuk menjana keuntungan daripada pasaran saham.

Tapi hakikatnya, semua khabar angin yang memberikan imej buruk tentang bermain saham ini biasanya datang daripada mereka yang tidak mengetahui kaedah betul untuk melakukannya.  Adakah anda biasa dengar khabar angin seperti ini?

Khabar Angin Yang Biasa Anda Dengar Tentang Pelaburan Saham:

  • Bermain saham adalah sesuatu yang spekulatif, sama seperti berjudi.
  • Risiko pelaburan saham adalah sangat tinggi.
  • Pelaburan adalah sesuatu yang sangat rumit dan memerlukan kepakaran yang tinggi.
  • Anda perlukan modal yang besar untuk bermula.
  • Melabur saham memerlukan komitmen yang tinggi dan memakan banyak masa.

Yang Sebenarnya:

  • Bermain saham seperti berjudi itu adalah cara yang salah, dan ada kaedah betul untuk melakukannya.
  • Risiko hanya tinggi kalau anda tiada ilmu.
  • Anda boleh mula melabur saham walaupun dengan modal yang kecil, iaitu serendah RM100.
  • Pelaburan saham adalah bersifat pasif dan tidak memerlukan “trading” secara aktif.

SIAPA PATUT HADIRI KELAS SAHAM INI?

Bengkel Saham Patuh Syariah daripada VI College ini dibawakan khas untuk memberikan manfaat kepada anda, jika anda berada di dalam situasi ini:

Anda Mahu Pulangan Pelaburan Lebih Menguntungkan

Pulangan pelaburan sedia ada tidak memuaskan dan tidak mampu memberikan impak yang positif kepada pendapatan & “net worth” anda.

Anda Beginner Yang Mahu Berjinak Dengan Pelaburan

Anda tahu bahawa melabur saham mempunyai risiko tinggi jika dibuat tanpa ilmu, dan anda ingin belajar rahsia untuk menjadi seorang pelabur yang bijak!

Anda Berkeluarga dan Inginkan Pendapatan Pasif

Anda yakin pendapatan aktif sahaja tidak cukup sebagai persediaan masa depan keluarga, dan anda yakin pendapatan pasif mampu mengubah keadaan.

MODUL BENGKEL SAHAM PATUH SYARIAH

Dengan menghadiri Bengkel Saham Patuh Syariah daripada VI College ini, anda berpeluang mempelajari:

RAHSIA kenapa pasaran saham adalah kaedah terbaik untuk memulakan pelaburan

RAHSIA pelaburan yang boleh memberikan anda 15%-25% keuntungan tahunan

STRATEGI pelaburan yang memerlukan komitmen masa yang minimum

CARA untuk memulakan perjalanan sebagai pelabur dengan serendah RM10 sehari

3 FORMULA terbukti untuk menilai potensi keuntungan syarikat-syarikat di bursa saham

SENARAI saham syarikat patuh syariah yang boleh dilabur selepas tamat seminar

KENALI JURULATIH ANDA - ALIFF MAZLI

Aliff Mazli adalah seorang lepasan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Undang-Undang (LLB Hons) daripada Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu. Beliau juga memegang sijil Diploma Lepasan Ijazah Syariah & Amalan (DLSA) daripada UiTM Shah Alam.

Pernah bertugas sebagai seorang eksekutif pemasaran dan penasihat undang-undang korporat di dalam kerjaya terdahulu, beliau kini adalah seorang Ahli Lembaga Pengarah di sebuah syarikat pemasaran digital iaitu Emperikal Sdn Bhd.

Di VI College, beliau bertugas sebagai jurulatih yang giat membantu para peserta mendalami ilmu asas pelaburan melalui program yang dianjurkan, seperti Value Investing Bootcamp (VIB) dan Pelabur Jutawan Syariah (PJS).

Beliau mempunyai minat di dalam bidang pelaburan saham dan hartanah untuk menjana pendapatan pasif. Di dalam bidang pelaburan saham, beliau menfokuskan kepada kaedah pelaburan nilai (value investing) yang dipopularkan oleh Warren Buffett.

Bermula daripada bawah, beliau sendiri adalah salah seorang bekas peserta seminar VIB anjuran VI College sebelum membeli saham pertamanya sebaik tamat latihan yang berjaya membawa pulangan 38% dalam tempoh kurang 12 bulan.

Aliff percaya bahawa ilmu kewangan adalah kunci untuk mengubah nasib seseorang. Hal ini mendorong beliau untuk bersama-sama VI College untuk menyebarkan ilmu pelaburan nilai kepada masyarakat umum.

PROGRAM KAMI SESUAI UNTUK SEMUA

Pelaburan adalah sesuatu yang boleh dilakukan oleh semua orang, termasuklah anda! Lebih-lebih lagi dengan situasi ekonomi yang tidak menentu ini, adalah sangat penting untuk anda punyai ilmu pengetahuan tentang pelaburan dan kaedah pengurusan kewangan yang baik. VI College mempunyai graduan daripada seluruh lapisan masyarakat tanpa mengira umur, bangsa, mahupun latar belakang kerjaya. Anda boleh menjadi seorang doktor, guru, pakar IT, pelajar universiti, peguam, polis, arkitek, surirumah, pemilik bisnes, CEO, selebriti – dan pada masa yang sama, seorang pelabur saham yang berjaya!

APA KATA GRADUAN KAMI?

Tidak yakin dengan kemampuan kami untuk membantu anda menjadi seorang pelabur yang berjaya?
Dengar dulu maklum balas daripada graduan-graduan kami ini.

Datuk. Dr. Mohd Ramli bin Seman – Pakar Perubatan & Graduan Pelabur Jutawan Syariah

Shazlinda – Guru & Graduan Pelabur Jutawan Syariah

Che Muhammad Amirus Shafiq Che Ismail – Game Developer & Graduan Pelabur Jutawan Syariah

VI College terus komited untuk mendidik masyarakat tentang kaedah menjana pendapatan pasif melalui teknik pelaburan nilai (value investing).

JOM BELAJAR SAHAM SECARA PERCUMA!

Sila rujuk maklumat program di bawah untuk memilih sesi yang bersesuaian dengan jadual anda.
Tempat duduk adalah terhad, sila daftar secepat mungkin!

Perhatian: Sepanjang tempoh PKPP, semua kelas saham akan dijalankan secara atas talian (online) sahaja.

SERTAI KELAS SAHAM INI &
KENALI KOMUNITI PELABUR
VI COLLEGE

VI College giat menjalankan aktiviti pendidikan tentang kaedah menjana pendapatan pasif & pengurusan kewangan secara amnya untuk seluruh lapisan masyarakat tanpa mengenal umur, bangsa, mahupun latar belakang kerjaya.
Sertai komuniti celik saham hari ini!

Penafian: Kelas Saham daripada VI College ini tiada kena mengena dengan skim cepat kaya, bisnes Multi-Level Marketing (MLM), khidmat nasihat berkaitan sekuriti, atau pengurusan dana. Dengan menghadiri seminar kami, anda akan mempelajari kaedah mengenalpasti peluang pelaburan di dalam pasaran saham dengan cara yang selamat iaitu kaedah “value investing” atau pelaburan nilai yang berpotensi menjana keuntungan di dalam bentuk dividen dan daripada peningkatan harga syer yang dibeli (“capital gain”). Semua kaedah pelaburan mempunyai risiko tersendiri, termasuklah risiko kehilangan keseluruh modal yang dilaburkan. Oleh itu, aktiviti pelaburan ini bukan untuk semua individu, tetapi hanya buat mereka yang memahami risiko yang diambil ketika melakukan pelaburan.