MENGENAI KAMI

Di Sebalik Tabir
LaburSahamSyariah.com

SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB LABUR SAHAM SYARIAH

Pelaburan adalah salah satu kaedah utama untuk mengembangkan aset. Selain daripada kebergantungan terhadap pendapatan aktif, pelaburan yang dibuat secara strategik boleh memberikan pulangan yang lumayan terutamanya di dalam jangka masa panjang.

NOTIS: Laman web LaburSahamSyariah.com ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman dan pandangan peribadi penulis tentang pelaburan saham patuh syariah di Malaysia dan di luar negara. Kesemua maklumat yang dikongsikan adalah pandangan peribadi penulis semata-mata dan tidak boleh diambil kira sebagai tips atau nasihat menjual atau membeli saham. Pembaca disarankan membuat kajian terperinci dan mendalami ilmu pelaburan terlebih dahulu, atau mendapatkan khidmat nasihat pakar. Penulis tidak bertanggungjawab di atas apa-apa keuntungan atau kerugian di atas mana-mana tindakan atau keputusan dibuat di dalam pelaburan.

PROFIL PENULIS BLOG LABUR SAHAM SYARIAH

Aliff Mazli

Entrepreneur, Speaker, Value Investor & Blogger

Aliff Mazli adalah seorang lepasan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Undang-Undang (LLB Hons) daripada Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu. Beliau juga memegang sijil Diploma Lepasan Ijazah Syariah & Amalan (DLSA) daripada UiTM Shah Alam.

Pernah bertugas sebagai seorang eksekutif pemasaran dan penasihat undang-undang korporat di dalam kerjaya terdahulu, beliau kini adalah seorang Ahli Lembaga Pengarah di sebuah syarikat pemasaran digital iaitu Emperikal Sdn Bhd.

Di VI College, beliau bertugas sebagai jurulatih yang giat membantu para peserta mendalami ilmu asas pelaburan melalui program yang dianjurkan, seperti VI Bootcamp (VIB) dan VI Bootcamp Syariah (VIBS).

Beliau mempunyai minat di dalam bidang pelaburan saham dan hartanah untuk menjana pendapatan pasif. Di dalam bidang pelaburan saham, beliau menfokuskan kepada kaedah pelaburan nilai (value investing) yang dipopularkan oleh Warren Buffett.

Bermula daripada bawah, beliau sendiri adalah salah seorang bekas peserta seminar VIB anjuran VI College sebelum membeli saham pertamanya sebaik tamat latihan yang berjaya membawa pulangan 38% dalam tempoh kurang 12 bulan.

Bagi Aliff, ilmu kewangan adalah kunci untuk mengubah nasib seseorang. Hal ini mendorong beliau untuk menyebarkan ilmu pelaburan bersama VI College di samping berkongsi pengalaman peribadi melalui blog ini.

HUBUNGI KAMI

Jika anda:

  • Mempunyai sebarang pertanyaan, cadangan, ataupun komen yang  ingin diajukan kepada admin;
  • Berminat untuk menjadi rakan strategik, pendidikan, pemasaran, atau pengiklanan kami;
  • Berminat untuk menyumbangkan artikel di dalam bidang pelaburan saham patuh syariah;

Anda bolehlah menghubungi kami secara langsung melalui borang ini.