Antara soalan yang kerap saya terima apabila berbual tentang pelaburan adalah tentang pendapat mengenai kelas aset pelaburan yang berbeza. Salah satu daripadanya adalah antara saham dan emas, yang mana lebih untung?

Jawapan saya mudah – kita boleh rujuk kepada data. Dalam kes ni, saya sandarkan prestasi saham kepada prestasi indeks S&P500 yang dipinjam daripada laman web Investopedia. Saya pilih untuk tidak menggunakan indeks FBM KLCI untuk mendapatkan gambaran lebih jelas tentang pelaburan ini pada skala global.

Anda boleh lihat data di bawah berkenaan peredaran indeks vs harga emas dalam tempoh lebih 40 tahun.

Jika dirujuk kepada carta prestasi ini, bagi saya jelaslah saham yang lebih menguntungkan daripada emas dalam jangka masa panjang. Fakta ini jugalah sebab utama kenapa saya secara peribadi lebih menggemari pelaburan saham.

Jadi, adalah ini bermaksud anda patut elakkan emas sebagai pelaburan?

Tidak sama sekali. Hal ini kerana emas tetap adalah satu aset yang baik – aset yang bertambah nilai (bukannya macam kereta, setiap tahun susut nilai), malah ia bersifat fizikal, boleh disentuh, boleh disimpan, dan boleh didagangkan dengan mudah – bererti ia juga adalah aset yang mudah untuk dicairkan. Cuma anda tetap perlu ingat, setiap pelaburan ada risikonya yang tersendiri. Yang penting, anda kena faham apa matlamat pelaburan anda, apa kaedah terbaik untuk susun portfolio, dan banyak lagi.

Kalau nak melabur, yang penting kena ada ilmu. Jadi, carilah ilmu sebanyak mungkin untuk bantu anda buat keputusan dengan lebih bijak.

Sekian.

Komen Facebook